fbpx

Neelofa Jawab Kritikan Pakai Baju Jarang Di Turki

Baru-baru ini Neelofa sempat berkongsi beberapa gambar menarik ketika beliau berada di Istanbul. Namun begitu disebalik perkongsian itu, rupanya ada yang tidak senang dengan pemakaian pelakon itu yang dikatakan kelihatan nipis dan jarang untuk dipakai oleh wanita bertudung sehingga mencetuskan perbalahan dikalangan peminat.

BACA: Neelofa Raih Gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2015

Gambar yang dimuat naik itu menunjukkan Neelofa memakai baju berwarna putih dan mungkin dilihat agak nipis oleh peminat beliau sehingga menampakkan lapisan baju didalam yang berwarna merah jambu. Disebabkan itu ramai yang mula mengkritik cara pemakaian Neelofa yang kelihatan tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

Perbalahan tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila Neelofa menerusi akaun Instagramnya telah membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya. Dengan tegas beliau menjelaskan bahawa dirinya telah memakai dua lapisan inner didalam, dan dengan cuaca yang sejuk di Istanbul mana mungkin beliau boleh memakai baju yang nipis.

Melalui perkongsian jawapan balas mengenai dakwaan itu, ramai peminat Neelofa mula mempertahankan pelakon kesayangan mereka itu dengan memberi kata-kata semangat. Malah ada juga yang turut menyokong beliau dengan menasihatinya untuk terus kekal positif dengan kritikan itu dan mengabaikan segala yang diperkatakan. (rkty/w)