fbpx

ND Lala Cabar Den Wahab Buat Laporan Polis, Dakwa Di Mahkamah

Apa yang kami lihat selepas berlangsungnya sidang media khas Shila Amzah & ND Lala semalam, kekusutan dengan media berbahasa Melayu gagal untuk diselesaikan selepas sidang media yang diadakan bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir wartawan.

BACA: Shila Amzah Sangat Tersinggung Fitnah Konsert Ditaja Syarikat Judi

Baru baru ini juga, Den Wahab ada mendedahkan sekali lagi kepada pihak media yang ND Lala masih berhutang dengan dirinya berbelas ribu ringgit yang masih tidak dibayar sehingga ke hari ini tetapi Den Wahab sendiri sudah malas untuk memikirkan perkara itu.

ND Lala dalam sidang media mencabar Den Wahab dan mana mana individu yang memfitnah diri dan keluarganya untuk tampil membuat laporan polis dan sanggup berhadapan di mahkamah jika benar seperti apa yang didakwa.

“Kepada Kak Pora, Den Wahab dan sesiapa sahaja yang buat fitnah ini, sila lakukan laporan polis. Dakwa saya dan kita berhadapan. Saya sudah jawab persoalan ini kepada rakan media pada bulan Mac tahun lalu. Saya sudah jawab, saya siap rakamkan lagi, tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak media. Saya tak tahu mengapa tidak dikeluarkan,“ kata ND Lala.

Dalam majlis yang sama juga, ND Lala dan Shila Amzah meminta para wartawan hiburan tempatan untuk merujuk kembali etika kewartawanan yang menjadi panduan selama ini. (rtky/m)