fbpx

ND Lala Akan Cuba Selesaikan Konflik Shila Amzah Dengan Media Tempatan

Rasanya memang sudah sampai masa untuk pihak Shila Amzah mengeluarkan kenyataan mereka sendiri berhubung isu tiada jemputan media ke konsert penyanyi itu baru baru ini kerana selama ini pun kenyataan yang keluar semuanya datang dari kelab peminat.

Bercakap kepada Harian Metro, ND Lala memaklumkan yang pihak mereka ketika ini masih belum bersedia untuk memberikan apa apa kenyataan kerana masa yang kurang sesuai selain sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di China.

“Waktu ini tidak sesuai. Kami tengah fokus dengan rakaman album Mandarin Shila di Beijing. Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti,” ujar bapa Shila Amzah itu ringkas.

BACA: Dapat Tajaan Syarikat Judi Punca Media Melayu Tidak DIjemput Shila Amzah?

Selepas apa yang terjadi dalam tempoh beberapa hari ini, pastinya banyak pihak terutamanya para peminat Shila Amzah yang tertanya tanya sejauh mana kebenaran yang didedahkan oleh pihak media sebelum ini dan harapnya penjelasan kelak akan merungkai segalanya. (rtky/m)