fbpx

Nazim Ucap Terima Kasih Kepada Peminat Atas Doa Untuk Dirinya

Walaupun belum mengesahkan apa-apa mengenai penyakit yang dialaminya, melalui gambar dan ayat-ayat yang dikongsikan Nazim Othman di Instagram, tidak dapat dinafikan dia sedang menghadapi sesuatu yang memerlukan sokongan orang ramai.

BACA: Nazim Othman Hidap Kanser Otak?

Nazim Ucap Terima Kasih Kepada Peminat - ROTIKAYA_001

Lebih banyak menggunakan Instagramnya ketika ini untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati, Nazim dilihat memuatnaik gambar dan juga memberikan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang tidak henti-henti mendoakan agar Nazim cepat sembuh.

Melalui ayat yang ditulis di dalam kapsyen gambar yang baru dimuatnaik baru-baru ini, Nazim bersyukur kerana mempunyai rakan yang mahu menemaninya ketika ini, walaupun hanya seorang dua.

Di saat yang kita sendiri tidak tahu apa yang dialami oleh Nazim, mungkin kata semangat yang anda tinggalkan di Instagram Nazim mampu memberikan lebih semangat kepada dia. Buat Nazim, keep fighting, ramai sayangkan anda. (rtky/syfq)