fbpx

Nazim Othman, Bella Dally Nikah 10 September Ini?

Setelah lama berteka-teki, kini pula pasangan bahagia, Nazim Othman dan Bella Dally dimaklumkan akan melangsungkan majlis pernikahan mereka di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 September depan. Malah dalam masa yang sama, dikhabarkan juga pasangan ini sedang rancak mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan mereka di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

BACA: Nazim Othman Akan Umum Tarikh Nikah Di Laman Sosial

Memetik laporan Berita Harian Online, majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada hari yang sama dengan hari pernikahan mereka. Manakala, majlis bertandang pula bakal menyusul pada 17 September di Johor Bharu. Selain itu, sumber juga memberitahu bahawa mereka kini sedang giat mengedarkan kad undangan perkahwinan kepada saudara dan kenalan.

Terdahulu, Nazim ada memberitahu bahawa beliau sebolehnya tidak mahu terlalu mensensasikan hari perkahwinan mereka jadi tarikh bahagia mereka hanya akan diberitahu jika ianya sudah hampir. Bagaimanapun, Nazim tetap akan memaklumkan hari bahagia mereka dengan memilih laman sosial seperti Instagram untuk memuat naik perkembangan terkini perkahwinan itu.

Tambahnya lagi, tindakan beliau merahsiakan tarikh perkahwinan bukanlah kerana takut akan populariti merundum jatuh tetapi ianya lebih kepada soal privasi. Namun begitu, Nazim memberitahu bahawa setakat ini pelbagai persiapan masih lagi dijalankan, majlis juga akan berlangsung dalam keadaan sederhana sahaja dan akan diadakan dalam masa yang terdekat. (rkty/w)