fbpx

Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater

Sebelum itu, manis kami nampak Nasha Aziz bertudung. Pelakon popular ini kini sedang giat menjalani latihan untuk menjayakan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula 9 hinggga 18 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Salah satu bakat beliau yang diperlukan dalam menjayakan teater ini adalah bakat menyanyi dan Nasha Aziz mengakui yang beliau kini sudah masuk ke studio rakaman untuk merakamkan lagu lagu untuk pementasan itu kelak.

“Sebenarnya, saya lihat nyanyian saya lebih pada untuk bercerita dan bukan untuk menyanyi semata-mata. Tetapi setakat ini saya tidak ada masalah untuk merakamkan lagu di dalam studio kerana ianya jadi senang sebab kita sampaikannya satu-satu”

Walaupun mempunyai suara untuk menyanyi & bukan pertama kali diperlukan untuk melontarkan suaranya (sebelum ini melalui teater Lantai T.Pinkie), Nasha Aziz berkata beliau tidak berminat untuk menjadikan nyanyian satu kerjaya.

“Cukuplah sekadar menyanyi untuk teater, saya tidak berminat untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya. Semangat daripada semua yang terlibat menjadikan aspek nyanyian untuk teater ini menjadi menarik dan seronok,” ujarnya.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah turut menampilkan Adi Putra, Dafi AF, Elfira Loy dan Liza Abdullah dan ianya bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan. Tiket dijual serendah RM30 boleh didapati di www.AirAsiaRedTix.com. Jom! (rtky/m)