fbpx

Nasha Aziz Kini Intim Dengan Jejaka Pakistan?

Sudah lama tidak mendengar cerita daripada pelakon jelita yang tidak dimamah usia, Nasha Aziz dan katanya pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysa ke-17 ini sedang rapat dengan seorang jejaka Pakistan.

BACA: Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater

Rakan kepada Raja dari ruangan BiPop telah menyatakan bahawa telah terserempak dengan Nasha baru-baru ini dan lebih mengejutkan, dia turut dilihat bersama dengan seorang lelaki Pakistan yang berusia 20-an dan semestinya kacak.

Tambah sumber itu lagi, mereka kelihatan mesra dan manja seperti sedang dilamun cinta dan sebaik ditegur oleh teman Raja, pasangan ini kelihatan malu-malu. Namun sama ada mereka benar-benar sedang menjalin cinta, tidak pula diceritakan oleh sumber tersebut.

Apa-apa pun, jika Nasha sudah betul-betul bersedia, mungkin satu hari nanti dia akan memberitahu perkara sebenar kepada orang ramai. Peminatnya pun pasti tertunggu-tunggu cerita mengenai dirinya yang sudah lama benar tidak muncul di kaca televisyen. (rtky/s)