fbpx

Nas-T Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga

Setelah berakhir hubungan cinta dengan Nabila Huda, nama Nas-T seakan tenggelam kembali dari dunia hiburan. Nas-T ketika ditemui memberitahu dia masih aktif dalam industri cuma masa sekarang dia sedang sibuk memperbaiki kemahiran lakonannya.

“Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, sebagai artis, takde istilah senang naik. I sendiri dah rasa bila turun tu macam mana. I pernah rasa jugak bila takde production yang panggil untuk buat job. Dari situ I belajar. I improve diri I. That are the things yang I akan buat untuk make sure perjalanan I dalam bidang seni ni akan kekal supaya benda-benda lepas tidak akan berulang lagi macam tiba-tiba drop takde job”

Peminat Masih Tanya Tentang Nabila Huda

Pada masa sama, walau kisah cintanya bersama Nabila sudah lama berakhir, namun masih ada para peminat yang ingin tahu bagaimana pasangan ini menjalani kehidupan setelah masing-masing membawa haluan hidup sendiri.

Dengan kehidupan bergelar seorang selebriti, Nas-T sedar orang akan sentiasa mahu bercakap tentang perkara yang lepas. Namun bagi Nas-T dia tidak kisah tetapi mengakui penat untuk menjawab soalan yang sama berulang kali.

“I boleh terima, cuma secara peribadi benda dah lepas, dan masing-masing dah move on, sebagai artis I terima je. Cuma nak menjawab tu penat. Tapi takpelah. Some people they don’t really know, jadi mereka nak tahu. Itu saja”

Jelas Nas-T, dia mahupun Nabila tidak mempunyai sebarang masalah. Mereka bermula sebagai kawan baik dan kembali dengan status hubungan kawan baik apabila percintaan yang cuba dibina tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Kami dah bawa haluan masing-masing. Macam sekarang, Nabila ada hal dia. I pun ada hal I. Jadi kami agak jarang dapat jumpa sekarang tapi kami still berkawan baik”

Tiada Sasaran Tamat Zaman Bujang

Tambah Nas-T di usia yang semakin matang, dia kini lebih memikirkan soal karier berbanding perkara lain & keutamaan diberikan kepada keluarga. Saat ditanya bila agaknya mahu mengakhiri zaman bujang, dia tidak lagi mahu meletakkan sebarang target.

“Siapa nak hidup membujang sampai tua. Siapa suka hidup sorang kan. Cuma I dah takde target. Sebab bila target itu yang tak dapat. I just have to wait for the right person. Kalau ada, ada lah. Tapi itu bukan priority I buat masa sekarang. Keutamaan I buat masa sekarang adalah keluarga”

Nas-T bakal muncul dalam program yang menguji tahap ketahanan mental dan fizikal di Fear Factor Malaysia bergandingan bersama peminat yang bertuah dan akan disiarkan setiap malam Ahad anda selama 30 minit bermula jam 9.00 malam mulai 16 Februari 2014. (rtky/bsr)