fbpx

Nas-T, Atita Haris Akui Sudah Bernikah 29 Januari Lalu

Tidak berselindung, pelakon Nas-T mengesahkan sudah bernikah dengan selebriti Instagram iaitu Atita Haris pada Jumaat lalu. Sementara itu, pihak mereka akan mengadakan sidah media khas pada Rab nanti.

BACA: Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?

“Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu (29 Januari). Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti”

“Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil,” jelasnya kepada mStar Online. Sementara itu, Nas-T juga turut mengubah mod status di Facebook sebagai – sudah berkahwin.

Sebelum ini, pelakon lelaki ini pernah menjelaskan bahawa dia dan juga Atita Haris mula berkenalan apabila pemilik sebuah produk yang melantik mereka sebagai duta memperkenalkan mereka atas sebab kedua-duanya masih lagi solo pada tahun lalu.

Memetik laporan mStar Online, Nas-T sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nabila Huda. Atita pula merupakan seorang janda anak satu. Semoga ikatan perkahwinan pasangan ini akan terus kekal bahagia hendaknya. (rtky/s)