fbpx

Nampak Bentuk Kemaluan, Aliff Syukri Dikecam

Tindakan berkongsi kemanisan hidup bersama pasangan di laman sosial tidaklah salah namun oleh kerana ada perkara yang tidak patut dilihat, Aliff Syukri baru baru ini dikecam segelintir pengikutnya di laman Instagram.

BACA: Dato’ Aliff Syukri Mengamuk Dilabel Orang Kaya Bodoh

Semuanya gara gara kerana video pendek dirinya menari dalam keadaan tuala yang basah. Maka ketika beberapa saat terlihatlah bentuk kemaluannya di dalam video tersebut. Ada yang menyifatkan tindakannya itu adalah tidak sesuai untuk dikongsikan di laman sosial lebih lebih lagi dia baru pulang dari umrah.

Selain ada yang menyifatkan apa dilakukannya itu umpama buang tabiat, ada juga yang menyatakan video gelagat menari yang turut disertai oleh isterinya itu adalah sangat romantis. Dalam video itu juga Aliff Syukri menyatakan bahawa isterinya selalu sahaja serius.

Apa pun, ini bukan kali pertama jutawan kosmetik ini memeriahkan laman sosial dengan perkara sebegini. Pastinya Aliff Syukri juga turut mempunyai jawapan tersendiri. Mungkin juga apa yang dilakukannya hanyalah sekadar hiburan bersama isteri tercinta. (rtky/s)