fbpx

Nama Anak: Yana Samsudin Serah Pada Suami

Dua minggu saja lagi, usia kandungan Yana Samsudin akan masuk usia 8 bulan dan pelakon ini dijangka akan bersalin pada 26 Julai ini. Sementara itu, Yana menjelaskan nama anak mereka nanti akan diuruskan oleh suaminya.

BACA: Yana Samsudin Sahkan Hamil Tujuh Bulan

“Dua minggu lagi usia kandungan akan masuk lapan bulan dan jika mengikut kiraan, saya dijangka bersalin pada 26 Julai depan. Maknanya, selepas dua minggu raya. Jantina anak pula saya dan suami sendiri pun tak pasti lagi, sebabnya bila kami pergi buat pemeriksaan susulan, setiap kali itulah bayi ini meniarap”

“Jadi kami tak dapatlah nak melihat jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan. Tentang nama anak saya akan serahkan kepada suami untuk memikirkannya yang penting tidak panjang dan pelik,” katanya dipetika daripada portak Media Hiburan.

Selain itu, suami Yana, Fadzil Zahari menjelaskan bahaawa dia berasa sedikit cemas dan berbaur dengan teruja untuk bergelar bapa. Apa pun, semoga pasangan ini selamat menyambut cahaya mata baru dan pastinya peminat tidak sabar-sabar menantikannya. (rtky/s)