fbpx

Nadiya Nisaa Bertudung Sejak Hamil Anak Kedua

Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk bertudung, akhirnya Nadiya Nisaa nekad untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya. Akuinya lagi, hasrat itu terbantut kerana terpaksa akur dengan kontrak kerjanya sebelum ini. Namun, Allah lebih mengetahui, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.

BACA: Kehilangan Cahaya Mata, Nadiya Nissa Kini Berehat

“Jadi pada Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba untuk mengenakan tudung. Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah

“Ayat pertama yang keluar dari mulutnya memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya,” katanya kepada Utusan Online mengenai penhijrahan beliau yang disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim yang gemar melihatnya bertudung ayu.

Sebelum ini, awal Ogos lalu orang ramai dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa Nadiya apabila kandungan kedua beliau didapati meninggal dunia. Sedih dengan kejadian itu, Nadiya membuat keputusan untuk berehat dan menenangkan fikiran. Menurut suaminya, jenazah anaknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak. (rkty/w)