fbpx

Nad Zainal: Saya Kini Bahagia Dengan Hefny Sahad

Berita paling mengejutkan (konon) semalam adalah pengakuan Hefny Sahad yang mengatakan beliau kini memang sedang bercinta dengan pelakon kecil molek, Nad Zainal selepas gadis itu menamatkan hubungan dengan Azwan Kombos.

BACA: Hefny Sahad Akui Sedang Bercinta Dengan Nad Zainal, Nafi Jadi Perampas

Hari ini, media melaporkan yang Nad Zainal sendiri yang kini berada di Korea untuk menjalani satu penggambaran mengakui akan apa yang dikatakan oleh Hefny Sahad namun enggan memberikan komen lanjut buat masa ini.

“Dialah lelaki paling rapat dan saya selesa. Apa yang dia beritahu itulah sebenarnya (bercinta). Tiada apa yang hendak ditambah. Saya gembira dan harap semuanya berjalan dengan lancar,” jelas Nad Zainal kepada Kosmo! hari ini.

Nad Zainal turut menafikan yang beliau dan Hefny Sahad rapat ketika masih bersama Azwan Kombos dan memberitahu yang sifat matang juga bercita cita tinggi pelakon juga pengacara itu menarik beliau untuk kenal dengan lebih rapat.

“Paling utama dia (Hefny) seorang yang bijak. Dia juga matang dan bercita-cita tinggi. Kami juga mempunyai minat yang sama,” tambahnya. Semoga berbahagia hendaknya. (rtky/m)