fbpx

Nad Zainal Hamil Tiga Bulan?

Selepas berkahwin sejak setahun lalu dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin tahun lalu, Nad Zainal dikhabarkan kini sedang mengandung dengan usia kandungan mencecah tiga bulan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara berkenaan apabila ditanya.

BACA: “Tak Mungkin Saya Kongkong Nad Zainal”

“Maaf saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Doakan yang baik-baik saja buat saya dan suami,” katanya kepada My News Hub selepas ditanyakan mengenai isu kehamilannya yang hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Dalam pertanyaan itu, Nad sedikit pun tidak menafikan, atau mengiyakan berita gembira tersebut. Sebaliknya beliau hanya mengucapkan terima kasih dan memohon doa sebaiknya. Malah menurut sumber itu lagi, Nad juga dikatakan masih aktif berlakon walaupun sedang hamil.

Dalam pekembangan lain pula, Nad kini sedang sibuk terlibat didalam teater dari sebuah filem pecah panggung, Ombak Rindu: Tiada Penghujung yang kini sedang ditayangkan di Istana Budaya. Beliau juga akui walaupun mempunyai jadual yang padat, beliau menerima tawaran ini hanya kerana penulis skrip teater itu adalah bekas pensyarah beliau. (rkty/w)