fbpx

Nad Zainal Belum Sedia Umum Kehamilan

Baru-baru ini, telah tersebarnya berita mengenai kehamilan pelakon ini namun Nad Zainal melalui Harian Metro menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi berita mengenai kehamilannya itu.

BACA: Nad Zainal Hamil Tiga Bulan?

“Insya-Allah, sampai masa dan ada khabar gembira saya akan maklumkan kepada semua. Tidak dinafikan sejak gosip ini tersebar saya dihujani banyak pertanyaan,” jelasnya. Sehingga kini, Nad masih lagi aktif berlakon.

Pada April lalu, Nad didakwa telah hamil oleh kru produksi drama yang bakal dibintanginya namun dan dalam masa yang sama turut tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut kepada pihak media.

Apa pun, semoga rumah tangga yang dibina Nad dan juga suami, Muhammad Faliq pada 18 Disember tahun lalu akan terus dilimpahi bahagia. Kami percaya bila sampi masanya, Nad akan berkongsi kegembiraan tersebut bersama peminat dan media. (rtky/s)