fbpx

Nabila Huda Maafkan Individu Yang Menghina Dirinya

Pelakon Nabila Huda melalui mStar Online menyatakan bahawa dia telah memaafkan mereka yang selama ini tidak habis-habis menghina dan mengutuknya di laman sosial selain mengakui dirinya sendiri tidak sempurna.

BACA: Nabila Huda: Saya Tidak Perlu Kontroversi

“Tidak apalah, saya maafkan orang yang memburukkan atau menghina saya. Saya tahu bahawa diri ini juga tidak sempurna. Bukannya tidak kisah dengan komen-komen yang diberi, saya kisah. Dan kerana itu saya maafkan mereka dan menerima dengan hati yang terbuka atas keprihatinan mereka”

“Yang berhak menilai saya ialah Allah. Bukan saya nak cakap yang saya ini kuat agama. Tidak! Iman pun tak sempurna. Cuma hanya Dia yang menilai kita,” jelasnya sambil menyatakan dia lebih senang memaafkan mereka agar dirinya tidak tertekan dengan isu-isu remeh yang dibangkitkan di laman sosial berkenaan.

Nabila Huda mengakui dia berasa cukup teruja dan menyatakan ia dapat lebih menghayati ibadah puasa memandangakn ini tahun ini merupakan kali pertama dia berpuasa tanpa terlibat dengan kerja sepanjang Ramadan ini. (rtky/s)