fbpx

Nabila Huda Jawab Dakwaan Kini Semakin Berlagak?

Mengakui bahawa kini dirinya sudah pun berada di dalam zon selesa, Nabila Huda dalam masa turut menyatakan dia kini lebih memilih dalam membawa sebarang watak di dalam drama, filem mahu pun teater sekaligus menafikan khabar angin kononnya dia kini sudah berlagak.

BACA: Rindukan Keisha, Nabila Huda Menangis Di Eropah

“Memang benar saya lebih selektif menerima job berlakon sekarang ini. Tetapi ini bukan bermakna yang saya semakin berlagak. Saya mula berlakon semenjak umur 16 tahun. Sekarang saya sudah 31 tahun, rasanya setelah 15 tahun menjadi pelakon, tiba masanya untuk saya menjadi lebih selektif”

“Sebab itu apabila menerima tawaran skrip yang memerlukan saya melakonkan watak yang saya rasa tidak kena dengan jiwa saya dan dirasakan tidak serasi dengan diri saya, tawaran itu akan saya tolak. Tidak kira sama ada ia dalam bentuk drama TV, filem mahupun terater,” kata Nabila kepada Mangga Online.

Selain itu, Nabila atau mesra dipanggil Abil turut mempunyai sebab mengapa kini dia menerima sebarang tawaran kerana mempunyai tanggungjawab untuk menjaga si comel Keisha. Bagaimanapun dia tidak berniat untuk berhenti berlakon.

“Sekarang Keisha dah bersekolah, maka masa untuk kami berdua tidak banyak macam dulu. Jadi saya akan pilih job yang seboleh-bolehnya memberi ruang untuk saya luangkan masa bersama Keisha,” jelasnya. (rtky/s)