fbpx

Nabila Huda Akui Hubungan Dengan Nas-T, Ada Perasaan Cinta Antara Mereka

Ah, nampaknya minggu ini kita ada sepasang lagi pasangan selebriti baru yang bercinta untuk di’ikuti rapat perkembangan mereka — ini kisah Nabila Huda & Nas-T yang sedang di’perkatakan ramai.

Kemesraaan mereka berdua yang tergambar di laman sosial Instagram menimbulkan persoalan di’kalangan peminat sama ada Nabila Huda & Nas-T mempunyai hubungan istimewa.

Bercakap kepada GUA hari ini, Nabila Huda mengakui yang mereka berdua saling menyimpan perasaan ketika aktress ini terbang ke Brunei untuk urusan kerja selama tiga hari baru baru ini.

“Waktu saya ke Brunei, entah kenapa rasa seperti kehilangan. Rupanya Nas-T juga merasakan hal yang sama,” jelas Nabila Huda dalam ‘suara bahagia’ beliau — whatever that means.

“Saya bukan senang nak jatuh cinta tapi sifat Nas-T begitu menyenangkan dan cool membuatkan saya tertarik dengan dia. Saya tidak suka orang yang mengongkong hidup saya dan sebagainya. Tapi Nas-T seorang yang begitu memahami saya”

“Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu penting. Saya sangat bahagia ketika bersama Nas-T kerana pasti ada saja benda yang ingin dibualkan. Lagi-lagi kami berdua memang banyak cakap dan masing-masing kepala gila”

Menurut Nabila Huda, mereka berdua sentiasa bersedia untuk mendirikan rumahtangga tetapi tidak mahu terburu buru dalam hubungan mereka. Okay, kami doakan yang terbaik untuk kalian berdua. Heh.