Oleh RotiKaya Staff pada
28 November 2012, 2:11PM

Pertama sekali, di program Meletop malam tadi Nabil Ahmad secara eksklusif mendedahkan nama anak perempuan beliau sebagai Naira Mikayla. Comel namanya, heh.

Hari ini menerusi mStar Online, Nabil Ahmad mendedahkan pula yang beliau akan meninggalkan Suria FM selepas setahun bertugas sebagai penyampai radio di stesen itu.

“Keputusan ini saya ambil demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain seperti berlakon & mengacara,” ujar Nabil Ahmad mengulas punca tindakan beliau itu.

Di’tanya sama ada menerima tawaran lumayan daripada stesen radio lain, Nabil Ahmad tidak menafikan ada menerima tawaran tetapi gajinya tetap sama seperti di Suria FM.

“Minat saya lebih ke arah televisyen, jadi saya perlu membuat keputusan untuk memilih antara satu & tidak boleh nak menjadi penyampai radio dan berlakon sekaligus,” tambahnya lagi.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...