fbpx

Muzik Sabtu: Hydir Idris, Bakat Muda Bersuara Besar Dari Singapura

Dalam halatuju baru Rotikaya.com, kami memutuskan untuk tidak hanya fokus kepada berita sensasi & gossip.

Industri hiburan perlukan medium seperti kami untuk membawa bakat bakat baru ke hadapan. Cewah perasan.

Dengan itu lahirlah Filem Minggu Ini & segmen terbaru, Muzik Sabtu yang akan mengetengahkan bakat baru dalam dunia hiburan tempatan & serantau.

Minggu ini kita ada bakat baru dari Singapura yang di’ketengahkan oleh Imran Ajmain, Hydir Idris. Tepuk kawan kawan.

Menurut profile yang di’bekalkan oleh Imran Ajmain sendiri, Hydir Idris merupakan finalis sebuah program di realiti di Singapura dan terkeluar di’peringkat awal.

Namun bakat besar beliau di’kesan oleh Imran Ajmain dan bersetuju untuk menjadi penerbit bersama single pertama berjudul ‘Kasih Belum Termiliki’.

Khabarnya bakat Hydir Idris ini juga mendapat perhatian Jamal Abdillah apabila beliau menjemput Hydir Idris menjadi artis pembukaan persembahan beliau di Singapura.

Lagi ‘Kasih Belum Termiliki’ ini di’cipta oleh Hafiz Hamidun dan senikata di’cipta oleh Ad Samad. Anda boleh saksikan video klip terbitan bersama Imran Ajmain selepas ini. Enjoice