fbpx

Model Kanak Kanak Cintai Penyanyi Lelaki 24 Tahun, Internet Meletup

Model Kanak Kanak Cintai Penyanyi Lelaki 24 Tahun, Internet MeletupMelampau ke tidak? Pertamanya, kisah ini bukan terjadi di Malaysia walaupun negara kita mempunyai kisah dan cerita hubungan yang pelik pelik belaka, ini di China.

Seorang model juga penyanyi berusia 12 tahun, Akama Miki telah meluahkan rasa cinta mendalam beliau terhadap seorang penyanyi lelaki berusia 24 tahun bernama Zhang Muyi.

Nama kedua dua selebriti ini memang sangat asing buat kita tetapi pengakuan terbuka Akama Miki sesuatu yang berjaya menarik perhatian dunia internet di China.

Zhang Muyi juga turut berkongsikan perasaan cinta beliau terhadap gadis 12 tahun ini di internet & di’balas dengan janji untuk berkahwin apabila Akama Miki berusia 16 tahun.

Di laman sosial Sina Weibo Akama Miki punyai lebih 440,000 pengikut tetapi hanya mengikuti perkembangan Zhang Muyi — begitu juga di’pihak lelaki dengan lebih 250,000 pengikut.

Kisah percintaan Akama Miki & Zhang Muyi ini telah berjaya menarik perhatian banyak pihak yang sebenarnya berbelah bahagi pendapat tentang hubungan mereka.

Ada juga yang tampil dengan andaian bahawa seluruh kisah cinta ‘unik’ ini di’reka untuk melariskan jualan album mereka & mungkin benar kerana ibu Akama Miki enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta wartawan merujuk kepada publicist beliau. Hmm. – via Daily Chilli