fbpx

Mizz Nina Dan Joe Flizzow Akan Sertai Guinness Arthur’s Day, You Mad?

Dahulu, satu ketika dahulu, Mizz Nina ada menyertai satu pelancaran anjuran syarikat minuman keras — kecoh juga dunia hiburan.

Kali ini kamu menunggu hingga saat akhir untuk melihat siapa yang mula melatah — tiada.

Malam ini, akan berlangsungnya konsert meriah untuk meraikan Arthur’s Day 2011 di Kelab Lumba Kuda Selangor, Kuala Lumpur.

Konsert ini akan menampilkan bintang antarabangsa Taio Cruz dan beberapa artis luar negara Asia lain. Menariknya, Mizz Nina & The Kartel Group yang di’wakili Joe Flizzow dan beberapa artis lain.

Seorang peminat hiburan yang mahu namanya di’rahsiakan menegur penglibatan Mizz Nina & Joe Flizzow yang merupakan seorang Muslim dalam acara yang di’anjurkan syarikat minuman keras ini.

Tahun 2009, kerajaan Malaysia melarang mana mana Muslim untuk menyertai konsert ini yang ketika itu di’hadiri Black Eye Peas. Namun khabarnya sekarang, halangan hanya untuk mereka di’bawah 18 tahun.

Dan, kami tahu Mizz Nina & Joe Flizzow mempunyai pertimbangan yang lebih waras dalam isu sebegini. See you both tonight! Eh.