fbpx

Misha Omar Perjelas Isu Tangguh Kahwin

Pada mulanya penyanyi Misha Omar dan pasangan, Firos Ezzwan Rossly telah berjanji untuk mengikat pertunangan selama setahun.

Bertunang pada 20 Februari tahun lepas, dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Misha Omar di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu bunga-bunga cinta ini, menjelaskan mengapa pertunangannya bersama juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31 terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Menafikan perhubungan mereka menghadapi masalah namun jadual kerja yang terlalu padat membuatkan pasangan ini terpaksa mengangguhkan majlis mereka.

Misha sendiri akui sedang menanti waktu yang sesuai untuk disatukan. Misha sudah bersedia untuk bergelar isteri pada bila-bila masa dari sekarang.

“Hubungan kami langsung tiada masalah cuma kami berdua sibuk sehingga sukar menepis tanggungjawab dalam kerjaya ketika ini”

Tambah Misha lagi, untuk menguruskan sebuah perkahwinan adalah perkara yang sangat besar dan memerlukan pengorbanan masa yang sangat besar. Oleh itu Misha mengambil keputusan untuk benar-benar bercuti dari sebarang aktiviti seni sebulan atau dua bulan bagi membuat persiapan untuk majlis yang bakal menjadi sejarah dalam hidupnya.

Misha memohon agar peminatnya mendoakan semuanya berjalan lancar di pihak dirinya dan tunang.

“Saya faham peminat dan masyarakat risau dan ambil berat tentang saya dan berharap mereka mendoakan perkara yang baik untuk saya dan tunang”