fbpx

Mirip Nora Danish, Ruhainies Tak Tumpang Populariti

Mengakui sudah disamakan dengan Nora Danish sejak dari bangku sekolah lagi, pelakon baru, Ruhainies menyifatkan perkara tersebut sebagai satu pujian yang tinggi selain merasakan dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Nora.

BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah DFKL 2016

“Sudah lama sebenarnya persamaan ini diperkatakan orang. Malah, sejak di bangku sekolah lagi, ramai menganggap wajah saya macam Nora Danish. Selepas memasuki dunia seni pun, perkara sama masih diperkatakan lagi”

“Pujian itu bagaimanapun terlalu tinggi untuk saya. Nora sendiri ialah idola saya sejak dulu. Nora sangat hebat dan sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seninya. Langkah saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini,” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu, Ruhainies juga menjelaskan bahawa biar pun seringkali disamakan dengan Nora Danish, namun dia sesekali tidak menggunakannya sebagai ruang untuk menumpang populariti pelakon wanita tersebut. (rtky/s)