fbpx

Mila Jirin, Suami Hasrat Tunai Umrah Selepas Nikah

Tahniah kepada pasangan ini kerana telah sah bergelar suami isteri pada 11 November lalu. Menerusi portal mStar Online, pasangan pengantin baru ini berhasrat untuk mengerjakan umrah selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

BACA: Mila Jirin, Isz Mustapha Selamat Bergelar Suami Isteri

“Saya dan suami merancang mahu berbulan madu ke Turki. Negara itu adalah tempat impian saya sejak dulu lagi. Tetapi mata wang negara kita pula kurang stabil dan semua perkara akan jadi mahal jika ke sana sekarang”

“Bagaimanapun, sebelum ke Turki, saya dan suami mahu membawa keluarga mengerjakan umrah dahulu,” jelas penyanyi ini kepada portal mStar Online. Semoga apa yang dihasratkan oleh Mila akan dipermudahkan belaka.

Mila dan Isz mula berkenalan sejak zaman persekolahan namun hubungan hanya menjadi serius ketika di usia 20-an dan mula sama-sama menguruskan tiga perniagaan iaitu Bizmilla Catering, Baju Kurung Mila dan Restoran Embun Urai. Hasil perkongsian perniagaan, mereka sudah pun membeli rumah sendiri. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: ROHAIDA ZULKIFLI (MANGGA ONLINE) / BIZMILLA STUDIO