fbpx

Mila Jirin, Bakal Suami Nikah 11 November Ini

Pe­nyanyi dan juga pelakon, Mila Jirin bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pili­han, Isz Mustapha, 34, yang juga pengurus peri­badinya pada 11 November ini. Majlis akad nikah Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 28, dija­dual berlangsung di Hotel E-City @ One Utama, Subang Jaya, Selangor.

BACA: Mila Jirin Mahu Elakkan Dosa Selepas Bergelar Isteri

“Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang pada 20 Di­sember depan manakala satu jamuan makan malam bersama wartawan pula akan berlangsung di Subang Jaya, Sela­ngor pada 23 Januari 2016,” kata Mila kepada Kosmo!

Mila sebelum ini pernah menjelaskan bahawa dia menolak sebarang tajaan kerana enggan mengecewakan mana-mana pihak. Di samping itu, juara Akademi Fantasia (AF5) ini juga rancak dengan perniagaannya Bizz Milla Katering, Baju Kurung Milla dan Restoran Embun Urai.

Semoga segala persiapan Mila dalam menuju hari pernikahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Apa yang penting, kehidupan Mila selepas ini pastinya lebih lengkap dengan kehadiran suami tercinta. (rtky/s)