Michael Bay Sahkan Kekal Arah Transformers 4 Untuk Keluaran Pertengahan 2014 | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
15 February 2012, 12:02AM

Pengarah yang popular dengan filem mega & juga ber’bajet besar, Michael Bay menyampaikan satu berita baik untuk para peminat.

Dalam satu kenyataan rasmi buat media seluruh dunia hari ini, Michael Bay mengesahkan yang beliau akan mengarahkan filem keempat dalam siri Transformers.

Karya terakhir beliau dalam siri ini Transformers: Dark of the Moon kini merupakan filem keempat paling laris sepanjang zaman. Fuuuuu!

Berita ini menafikan laporan awal yang mengatakan Michael Bay akan mengarahkan dua filem Transformers secara serentak, tetapi sebuah filem arahan Michael Bay dengan judul Pain & Gain merupakan pakej perjanjian bersama Paramount Pictures.

Dalam kenyataan sama juga, Michael Bay menyebut yang filem keempat Transformers ini akan menampilkan kelainan yang ketara & membawa semula elemen asal tahun 80’an ke’dalam karya terbaru beliau.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>