fbpx

Mia Ahmad Tumpang Gembira Saharul Ridzwan Bakal Kahwin

Kerana penangan hebat diantara pelakon, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan didalam drama Hati Perempuan sebelum ini, ramai peminat mengaitkan mereka mempunyai hubungan cinta. Namun apabila Saharul mendedahkan beliau bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini, segala dakwaan membabitkan mereka terbukti salah.

BACA: Mia Ahmad Akui Sedang Rapat Dengan Pemain JDT

“Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa dia akan berkahwin. Perempuan yang menjadi pilihannya adalah bukan saya, tetapi saya turut tumpang gembira. Namun saya tidak terkejut dengan berita itu. Ini kerana itu adalah bukti bahawa gosip yang mengaitkan kami bercinta selama ini adalah tidak benar”

“Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri,” katanya kepada Berita Harian Online apabila ditanyakan mengenai berita gembira yang disampaikan Saharul mengenai dirinya yang bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini.

Sementara itu, apabila mengulas mengenai gosip hubungan cintanya bersama pemain bola sepak JDT, Mia berkata bahawa orang ramai terlalu pantas membuat kesimpulan apabila terlihat kami keluar bersama. Namun begitu beliau akui bahawa dirinya senang sekali berkawan dengan jejaka bernama Izham Tarmizi itu.

Terdahulu, Mia pernah dikaitkan bercinta bersama Saharul Ridzwan gara-gara promosi yang hebat untuk drama Hati Perempuan suatu ketika dahulu. Namun kedua-dua pihak menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa mereka hanya berkawan baik tanpa ada hubungan istimewa seperti yang diharapkan peminat mereka. (rkty/w)