fbpx

Mia Ahmad Jawab Dakwaan Putus Cinta Dengan Syarul Ridzwan

Baru-baru ini timbul khabar angin yang mendakwa pelakon Mia Ahmad telah pun putus cinta bersama Syarul Ridzwan apabila dia bertindak memadam semua gambar mereka bersama di Instagram. Bagaimanapun, Mia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia berbuat demikian.

BACA: Mia Ahmad & Syarul Ridzwan Kini Putus Cinta?

“Kabanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu. Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril”

“Hubungan saya dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu, sehingga sekarang pun kami masih berkawan macam biasa. Kalau kami diminta untuk digandingkan sekali lagi juga saya tiada masalah,” jelasnya kepada mStar Online.

Jadi, buat peminat sekalian, janganlah berimpian yang bukan-bukan dan kembalilah kepada realiti bahawa mereka tidak bercinta. Mahu pun Mia atau Syarul, masing-masing tidak mengesahkan mengenai hubungan cinta mereka. (rtky/s)