fbpx

“Mereka Maki Hamun Kami Di Laman Sosial”

Terbuka meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial, Sharnaaz Ahmad kini menerima padah apabila tindakannya mengkritik kreadibiliti Fattah Amin membuatkan ramai peminat pelakon itu mengecam Sharnaaz. Malah jelasnya lagi, kemarahan yang tercetus itu adalah disebabkan provakasi yang timbul di kalangan peminat fanatik Lofattah.

BACA: Neelofa Tidak Setuju Cara Sharnaaz Ahmad

“Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial”

“Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu,” jelasnya dalam ruangan Hip di Berita Harian Online mengenai tindakannya mengkritik bakat Fattah.

Dalam pada itu, ada pula yang menyangka bahawa Sharnaaz munkin mempunyai perselisihan faham dengan Fattah sehingga membuat beliau bertindak sedemikian. Bagaimanapun Sharnaaz menafikannya kenyataan terbabit namun begitu beliau mengakui tidak begitu selesa dengan pelakon itu kerana merasakan terdapat aura negatif daripadanya. (rtky/w)