fbpx

Memey Suhaiza Berulang Alik Kuala Lumpur Ipoh Demi Norman Hakim Tersayang

Kami faham kalau anda sudah bosan mendengar kisah pasangan sensasi sejak penghujung 2008 ini. Namun, mereka sebenarnya masih menjadi tumpuan.

Kisah ini di’sampaikan oleh wartawan hiburan di surat khabar kegemaran rakyat Malaysia semua, Harian Metro.

Memey Suhaiza kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Nilapura di Ipoh, Perak dan menurut wartawan yang menemuramah aktress ini, beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan kembali setiap hari.

Walaupun pihak produksi ada menyediakan hotel untuk krew & juga pelakon, namun isteri kepada Norman Hakim ini lebih selesa memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai setiap sessi penggambaran.

Menurut Memey Suhaiza, beliau mengambil keputusan berkenaan kerana mahu komited dengan tanggungjawab sebagai isteri & tidak mahu berjauhan dengan Norman Hakim setiap hari.

Agak ekstrim juga untuk kami kalau mahu memandu lebih 200km setiap hari untuk ke lokasi penggambaran, lagi 200km untuk kembali ke pangkuan suami tercinta. Gambar oleh Razin Photography