fbpx

“Memang Ada Bincang Pasal Kahwin, Tapi…”

Khabarnya hubungan cinta diantara Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid bakal berakhir ke jinjang pelamin pada tahun ini. Gosip ini bukanlah pertama kali terjadi dan sekali lagi Izara menafikan gosip berkenaan, mahupun tarikh khusus mengenainya.

BACA: Izara Aishah Pertahan Kilafairy Pakai Seksi

“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kami belum berjumpa. Namun, saya dan Adib ada bercakap dan merancang mengenai perkara ini. Sebenarnya berita ini bukanlah baru, saya akui sedikit rimas tetapi sebagai selebriti saya perlu jelaskan perkara sebenar”

“Apabila sudah sampai masanya nanti saya pasti akan memaklumkan berita baik ini kepada semua tetapi buat masa sekarang belum ada kata putus daripada pihak kami,” katanya kepada Harian Metro mengenai soal perkahwinan yang sering diajukan kepadanya.

Sudah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun bersama jejaka itu, Izara sama sekali tidak terkejut dengan gosip yang tersebar kerana di awal perkenalan juga mereka sering diajukan soalan yang sama sehingga masing-masing sudah rimas. Tidak mengapalah, jika ada jodoh tidak akan ke mana, yang pasti doa yang baik-baik sahajalah untuk mereka. (rkty/w)