fbpx

Maya Karin: Jangan Malu Kalau Terpaksa Naik LRT

Kalau anda kerap melayari Facebook dua tiga hari ini, pasti anda tahu akan sebuah video ucapan seorang wanita berusia 23 tahun bernama Zahra yang menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini. Zahra dalam video tersebut meluahkan keluh kesah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini termasuklah beliau terpaksa menaiki LRT (Light Rail Transit) untuk ke tempat kerja setiap hujung bulan kerana wang gaji sudah dihabiskan banyak untuk perbelanjaan lain termasuk sea rumah dan ansuran kereta kepada bapa beliau sendiri.

BACA: 20 Alasan Mengapa Lelaki Ini Tidak Setuju Dengan Ucapan Zahra (ext.)

Luahan Zahra mendapat maklum balas ramai di internet — sama ada yang menyokong atau pun mengkritik gaya hidup beliau yang sebenarnya agak mewah untuk graduan berusia 23 tahun dan reaksi ringkas dari penyanyi dan pelakon Maya Karin turut menarik perhatian kami.

Maya Karin Pesan Jangan Malu Jika Terpaksa Naik LRT

Maya Karin menerusi akaun Twitter menulis tiada salahnya untuk seseorang itu menggunakan khidmat LRT untuk bergerak ke mana mana kerana ianya satu perkhidmatan yang bagus & beliau sendiri sering menggunakan perkhidmatan itu dan menunggu stesen MRT sekitar tempat tinggal beliau untuk siap — memudahkan pergerakan tanpa berkereta.

Tulisan Maya Karin itu mendapat reaksi positif ramai yang turut mengatakan ramai di kalangan Malaysia yang bergantung harap kepada perkhidmatan pengangkutan awam termasuk LRT untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Mungkin Zahra pun boleh mula amalkan setiap hari. (rtky/m)