fbpx

Maya Karin Bakal Sambut Aidilfitri Di Australia Seorang Diri

Nampaknya Maya Karin sudah terkena gigitan travel bug (istilah biasa di’kalangan backpackers).

Selepas puas menjelajah Amerika Selatan beberapa bulan lalu, kini Maya Karin akan kembali ke jalanan.

Destinasi’nya kali ini adalah Australia dan lebih menarik beliau akan terbang ke sana ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berkata kepada GUA hari ini, beliau sudah 12 tahun menyambut Aidilfitri di Malaysia dan tahun ini beliau mahu lakukan kelainan dengan menyambut Aidilfitri di tanah air orang.

Maya Karin akan bertolak dari Malaysia seorang diri beberapa hari sebelum 1 Syawal namun beliau mempunyai kenalan & sepupu untuk menemani beliau di’sana.

“Saya mungkin akan berada di sana selama dua hingga tiga minggu, tak pasti lagi. Di Australia nanti, saya akan pergi ke Sydney dan Gold Coast.”

“Saya juga akan pergi ke sebuah perkampungan kecil di tepi laut, Byron Bay di mana saya dapat melihat ikan lumba-lumba dan pemandangan menarik di sana.” ujar Maya Karin. Gambar oleh Budiey.com