fbpx

Mawi Dan Ekin Masih Menanti Timang Cahaya Mata Kedua

Dengan usia cahaya mata pertama memasuki empat tahun, Mawi akui kerap diasak soalan untuk menambah cahaya mata namun bagi dirinya dan juga isteri, mereka tidak mahu terlalu mengharap sebaliknya menyerahkannya kepada takdir. Selain itu, tuntutan kerjaya masing-masing juga membuatkan pasangan ini tidak merancang untuk mendapatkan zuriat kedua.

BACA: Mawi Kongsikan Pengalaman Masuk Israel, Palestin

“Saya dan Ekin tidak merancang untuk mendapatkan anak kedua. Cuma buat masa sekarang, kami sibuk dengan perniagaan. Bagaimanapun, kami tidak kisah, terserah pada takdir dan rezeki. Cahaya sudah memasuki usia empat tahun. Ramai yang bertanya, tak mahu tambah anak ke. Itulah, belum ada rezeki lagi,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung perkara itu.

Sementara itu, Mawi yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya pada 24 Syawal lalu meluahkan rasa bersyukur diatas kejayaan yang dikecapinya serta kesejahteraan yang melimpahi oleh mereka sekeluarga. Dalam masa yang sama beliau turut merasakan dirinya semakin matang dalam menjalani kehidupan walaupun masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

Dalam perkembangan kerjaya pula, Mawi ada menyatakan hasratnya untuk mengembangkan kerjayanya untuk menjadi seorang pengarah filem pula. Menurutnya, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut, manakala perancangan kini sedang dilakukan disamping menghabiskan masa untuk menulis beberapa lirik untuk lagi beliau seterusnya. (rkty/w)