fbpx

Mawar Rashid Tak Kisah Bercinta Dengan Duda

Hubungan rapat dengan Raf Yaakob bukanlah rahsia lagi bagi Mawar Rashid yang dilihat begitu terbuka berkongsi status mereka berdua. Mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki itu, Mawar tidak pernah menjadikan status Raf yang merupakan duda kepada dua anak itu sebagai penghalang buatnya menyayangi lelaki terbabit.

BACA: Mawar Rashid Harap Doa Peminat Terima Hidayah

“Buat masa ini memang saya berkawan rapat dengan Raf. Jadi, saya terbuka untuk memuat naik gambar bersama kerana tiada apa yang perlu disorokkan kepada umum, sekali gus bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak betul. Memang pada mulanya saya berhasrat untuk tidak memikirkan soal cinta buat waktu ini, namun jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah”

“Saya pula dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai pakej lengkap dan berasal dari keluarga yang baik. Memandangkan keluarga juga memberikan restu kepada kami untuk saling mengenali hati budi, saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik. Apa yang penting, Raf boleh membimbing saya di dunia dan akhirat,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Berkenalan sejak dua bulan lalu, Mawar menjelaskan bahawa beliau memang sengaja bersikap terbuka dengan peminat mengenai hubungan mereka bagi mengelakkan spekulasi yang tidak elok timbul. Jadi kini segalanya sudah terjawab, akhirnya hati Mawar sudah dimiliki, semoga hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke jinjang pelamin. (rtky/w)