fbpx

Mawar Rashid Akui Patah Semangat Kerana Kontroversi Tidak Tahu GST

Pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan dirinya yang tidak tahu mengenai maksud GST di dalam program Dewi Remaja yang sudah tamat baru-baru ini, Mawar Rashid mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kehdupannya.

BACA: Mawar Rashid Mohon Maaf Kurang Peka Isu Semasa

“Sejujurnya saya memang patah semangat dengan dek kontroversi berkenaan. Itu saya tak nafikan. Untuk orang baharu dan mentah seperti saya melalui perkara sebegitu, ia sangat menggerunkan. Daripada isu itu, orang mula mengandaikan saya tidak pandai”

“Saya bangkit dan pulih semangat semula dalam tempoh seminggu selepas kontroversi iti. Saya ambil dan pandang apa yang terjadi itu dari sudut positif. Saya tak mahu terus larut dengan keadaan sebegitu. Saya tak mahu kontroversi itu terus menghantui dan memberi kesan dalam hidup,” katanya kepada BH Plus.

Tambah Mawar lagi, dia mengambil kritikan yang dilemparkan kepadanya itu sebagai ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri. Malah dia juga tidak mahu perkara sama berulang kembali dan mengambil mudah setiap isu yang sedang terjadi.

Pada final Dewi Remaja 2014/2015 baru-baru ini, Mawar berjaya memenangi kategori Dewi Kegemaran yang ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat di laman web penganjur pertandingan. (rtky/s)