Oleh RotiKaya Staff pada
29 April 2013, 12:04AM

Episod terbaru persaingan MasterChef Selebriti Malaysia yang ke udara malam Ahad semalam menerima reaksi rancak dari para peminat gara gara perangai yang di’tunjukkan oleh Zain Saidin.

Mungkin anda pernah terdengar cerita yang mengatakan Zain Saidin suka tunjuk perangai di set MasterChef Selebriti Malaysia namun ramai yang menganggap kisah itu sebagai teknik melariskan program.

BACA: Zain Saidin Cuba Tunjuk Karakter Dalam MasterChef Selebriti 2

Malam tadi, ketika proses penyingkiran berlaku satu Malaysia boleh melihat sendiri sikap kurang ajar & memperbodohkan diri sendiri oleh Zain Saidin terhadap juri juri dalam program tersebut.

Peminat di laman sosial rata rata menyokong penyingkiran Zain Saidin dari MasterChef Selebriti kali ini kerana tidak sanggup melihat perangai tidak matang beliau sebagai seorang selebriti.

Malah ada antara mereka yang membandingkan Zain Saidin dengan Azwan Ali yang mana juga lantang bersuara dalam program itu sebelum ini tetapi tidak pernah sekali pun bersikap kurang ajar.

Dalam masa yang sama, anda perasan atau tidak perangai Rozita Che Wan terhadap Zain Saidin dalam program ini? Ya Tuhan, mereka berdua ini mahu mendirikan rumahtangga bersama. Hmm.


Komen & Lain-lain
Satu komen untuk “MasterChef Selebriti Malaysia 2013 — Perbodohkan Diri Sendiri, Zain Saidin Terkeluar
  1. adeline97 says:

    Master Chef tu pun jangan ikut barat yang Kritik habis-habis. Kan kita orang timur, harus ada adat resam, tak lah sampai nak kata pancake tu is the worst i have ever taste (sepatutnya tasted). Guna English lagi nak penuh dengan kesalahan tatabahasa.
    Kalau begitu laser terhadap Zain, dan diberi pula peluang untuk “apa nak kata”, memang dia akan luahkan perasaannya.

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...