fbpx

“Masih Awal Untuk Kami Bertunang”

Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin diantara Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson, namun kemesraan mereka telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai sejauh manakah hubungan itu. Bagi Zahirah, ianya masih terlalu awal untuk sampai ke peringkat pertunangan.

BACA: Bapa Zahirah MacWilson Nafi Berfoya Dengan Duit Anak

“Kami sudah setahun lebih kenal diri masing-masing dan untuk mengikat tali pertunangan itu rasanya masih terlalu awal. Sebab kami berdua masih belum berbincang lagi mengenainya dan masing-masing sedang fokus dengan karier sendiri. Jadi ikut rentak sajalah,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam masa yang sama, ketika ditanya mengenai penglibatan Zul didalam filem baru terbitan bekas kekasihnya, Zahirah menjawab dengan ringkas bahawa tiada apa yang perlu rasa cemburu kerana beliau percaya kedua-dua pihak bersikap profesional didalam kerja masing-masing.

Sebelum ini, Zahirah pernah menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa hubungannya bersama pelakon kacak, itu sudah berakhir. Malah tegasnya lagi, buat masa sekarang hubungan mereka berdua masih berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang masalah yang timbul. (rkty/w)