fbpx

Masa Hadiah Paling Berharga Untuk Seorang Ibu

Bila saya bercakap tentang masa untuk diri sendiri walaupun sudah bergelar ibu pada artikel yang lalu, ramai yang bertanya bagaimana saya menguruskan masa untuk anak, suami dan keluarga dalam masa yang sama ada masa untuk diri sendiri.

Bunyinya seperti saya ada banyak masa untuk diri sendiri tetapi hakikatnya, ia sebenarnya lebih kepada saya mencuri sedikit masa yang ada — kena bijak mengintai peluang.

Contohnya ketika bekerja, waktu makan tengahari yang panjang selalunya pada hari Jumaat saya gunakan untuk pergi window shopping bersama rakan sepejabat. Rasa seperti kembali muda tiap kali berjalan teruja melihat beg tangan atau kosmetik terbaru.

Jika waktu cuti pula, saya selalu jemput rakan rakan terdekat untuk datang ke rumah dan lakukan aktiviti makan bersama dan kadang kala mereka datang membawa makanan mereka sendiri untuk dikongsi bersama ala potluck. Anak saya pun ada variasi dalam makanan, heh.

Dan, jika suami berbesar hati untuk menjaga anak di rumah sekali sekala saya akan keluar sendiri bersama rakan pada hujung minggu lebih lebih lagi jika kami perlu lakukan aktiviti yang mesti membosankan orang lelaki — pergi ke salon contohnya.

Jika anda seorang suami, anak, rakan baik kepada seorang ibu inilah masa sesuai untuk berikan hadiah berupa masa kepada ibu yang anda kenali. P&G menerusi #StayBeautiful mahu anda untuk sertai satu peraduan yang memerlukan anda meluangkan masa bersama mereka.

image001

Mudah sahaja, ajak ibu anda atau isteri atau rakan anda yang bergelar ibu untuk melakukan satu aktiviti bersama seperti memasak, nikmati hidangan enak di restoran kegemaran atau yang mudah luang masa bersama mereka di rumah.

Ambil gambar anda bersama meluangkan masa dan muat naik ke Instagram bersama hashtag ini #staybeautiful dan #staybeautifulmom beserta lengkapkan slogan “I want to give a mom the gift of time because …” dengan tidak melebihi 20 patah perkataan.

image005

Lebih banyak anda muat naik gambar lebih tinggi peluang untuk menang scarf Jersey Knit ekslusif rekaan Vivy Yusof bernilai RM120. Layari www.staybeautiful.com.my untuk maklumat lanjut tentang kempen #staybeautiful dan peraduan hebat ini. Jom!