fbpx

Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem

Semua rangkaian media melaporkan perkara yang sama hari ini, Lana Nodin sudah mempunyai kekasih baru dan jejaka itu sumpah tidak pernah kami dengar sebelum ini. Kawan kawan, kita ada selebriti baru untuk di‘gossipkan.

Dalam temubual bersama media, Lana Nodin mengakui yang beliau kini mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baru Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan dan jejaka tampan ini merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Gerak Khas.

“Buat masa sekarang saya hanya dalam proses mengenali dia & saya rasakan dia seorang yang senang untuk dibawa bercakap atau berbincang dan juga seorang yang open-minded. Lagipun pengalaman-pengalaman yang lepas yang pernah saya lalui, dia tidak kisah langsung dan dia seorang yang memandang ke hadapan”

“Umur dia dalam 20’an tetapi fikiran dia yang matang dan satu kepala dengan saya membuatkan kami senang untuk bekerjasama. Dia jug seorang yang pandai mengambil hati,“ ujar Lana sambil tersenyum yang kami kira dalam kebahagiaan. Amboi.

Lana yang sememangnya amat terbuka mengenai soal hubungannya ini menjelaskan bahawa setakat ini beliau mahu mengenali hati budi terlebih dahulu & tidak mahu terburu-buru mengejar cinta dek kerana pengalaman yang lepas menyeksa jiwa wanitanya.

“Setakat ini dalam proses mengenali kerana kami digandingkan bersama dalam filem terbaru berjudul Biasan dan daripada situ sedikit demi sedikit perhubungan itu ada. Lagipun kalau boleh tak mahu untuk bercerita ini secara terperinci, kerana masih terlalu awal, dan kalau ada rezeki kita akan ke fasa seterusnya,“ tambahnya lagi.

Lana turut memberitahu bahawa semenjak kebelakangan ini, beliau selalu membawa Mas Khan untuk menghadiri majlis hiburan yang diadakan supaya beliau lebih berkeyakinan di khalayak ramai dan juga boleh berkomunikasi dengan baik apabila disoal oleh wartawan.

“Saya bawa dia bukan untuk menunjuk-nunjuk kemana saya pergi tetapi lebih kepada soal untuk membantu dia tampil lebih berkeyakinan dan dia juga boleh mengenali rakan-rakan artis yang lain dan membina networking yang luas. Saya harap perkara ini janganlah di salah ertikan,“ katanya bersahaja. Bagus ada kekasih yang fikirkan kerjaya teman lelaki begini. (rtky/hfz)