fbpx

“Mas Kahwin Banyak, Orang Kata Menunjuk”

Tidak mahu majlis perkahwinannya ditaja secara besar-besaran, pelakon Shukri Yahaya menyatakan bahawa lebih selesa apabila majlis perkahwinannya adalah hasil daripada titik peluh sendiri. Malah Shukri juga lebih selesa menyerahkan urusan majlis perkahwinannya kepada bakal isteri dan keluarganya.

BACA: Gambar Pra Perkahwinan Shukri Yahaya, Tya Adnan

“Saya tidak menerima penajaan besar untuk majlis. Ada tapi untuk benda-benda kecil seperti goodies untuk tetamu. Kami lebih senang begini kerana saya lebih suka sesuatu yang ringkas dan menggunakan duit kami sepenuhnya sendiri,” jelasnya.

Selain itu, pelakon ini juga turut mengambil keputusan untuk merahsiakan jumlah mas kahwin yang bakal diberikan kepada bakal isterinya nanti demi mengelak jadi bahan mengata orang ramai. Baguslah, kami setuju sangat.

“Kalau banyak sangat nanti orang kata menunjuk, kalau sikit orang kata tak ada duit. Jadi saya ambil keputusan hal-hal berkenaan mas kahwin ni biar saya dan keluarga je yang tahu. Mas kahwin kan perjanjian antara keluarga dan pasangan, jadi tak perlu diperbesar dan diuar-uarkan kepada orang ramai”

“Saya tak nak nanti orang kata saya nak cuba bersaing dengan sesiapa. Saya cuba buat majlis saya nanti sesederhana yang boleh. Orang kata sederhana itu lebih baik,” jelasnya kepada portal Tonton Extra. (rtky/s)