fbpx

Marion Caunter Kini Hamil Anak Ketiga

Tahniah kami ucapkan buat isteri kepada SM Nasaruddin, Marion Caunter yang kini sedang hamil anak ketiga. Pengacara TV itu kini sedang berada di Seoul, Korea atas jemputan untuk pelancaran Chanel Jewelry.

BACA: Marion Caunter Hamil Anak Kedua, Kongsi Berita Gembira Di Instagram

Hasil perkongsian hidup bersama dengan suaminya, SM Nasaruddin yang juga merupakan pengerusi Naza Group of Companies, mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Leia Rose dan juga Lana Rose.

Makin meriahlah keluarga pasangan bahagia ini tidak lama lagi dengan kehadiran seorang lagi bakal cahaya mata. Semoga semuanya berjalan dengan lancar menjelang hari kelahiran nanti. (rtky/s)