fbpx

Maria Farida Tiada Niat Kahwin Lagi, Selesa Sendiri

Mengakui bosan dengan perangai segelintir lelaki yang memberi harapan palsu kepadanya, Maria Farida menjelaskan dia lebih suka menghabiskan masa bersama-sama anak tunggal, Mizan Ashley, berbanding mencari calon suami.

BACA: Maria Farida Sambut Birthday Anak, Nampak Sebaya

“Kali terakhir saya bercinta kira-kira tiga tahun lalu. Saya berkawan dengan seorang lelaki. Memang pada waktu itu, saya akui ada keinginan untuk berkahwin lagi. Bagaimanapun impian untuk bersama tidak kesampaian”

“Ada gangguan di hujung perkenalan kami yang menyebabkan saya kecewa dan bertindak mengakhiri hubungan berkenaan,” katanya yang dalam masa yang sama akan mengelak daripada berkawan dengan lelaki yang sudah berkahwin kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga orang.

“Seperkara lagi, saya tidak mahu menjadikan diri saya seperti trofi apabila keluar dengan lelaki. Sebab sebelum ini ada beberapa lelaki yang memperlakukan saya sebegitu,” katanya tentang pengalamannya menerima pelawaan untuk keluar dengan lelaki sebelum ini.