Mahkamah Keluar Waran Tangkap Nelydia Senrose
Oleh RTKY Editor pada
21 April 2017, 8:04PM

Akibat gagal menghadiri prosiding kes melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap. Menerusi kenyataan LHDN, Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan bagi lima tahun.

BACA: Nelydia Senrose Pilih Jual Baju Tidur Jenama Sendiri

“Nelydia dikehendaki mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau sebarang wakil gagal hadir”



“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali,” tulis kenyataan itu.

Bukan itu sahaja, menerusi laporan Harian Metro juga, Nelydia turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN. (rkty/w)


Komen & Lain-lain
28 komen untuk “Mahkamah Keluar Waran Tangkap Nelydia Senrose
        1. Bala bala says:

          Ngok

  1. brutal utara says:

    Sampai tara tu la nk duit org. Huh

    1. Roticelup says:

      Klu dah x byr mmg mrndapat laa…klu x nk byr tax gi laa dok obersee….?

      1. brutal utara says:

        Xyah p obersee.. duk negaro sndri pn dh mcm duk planet asingg..

  2. Muhammad.Alit says:

    Saya tak setuju.Sebab.Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) itu kadang-kadang suka kelentong sana kelentong sini.

  3. Muhammad.Alit says:

    Kita sebagai pengguna.Haruslah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati.Jangan sampai kita menjadi papa kedana.Akibat kena tipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

  4. Ayam says:

    . Faye juga yg baik… Azmi bayar semua income tax nye. Azmi dah bayar tax sampai tahun 2050 dah. Faye pun dah byr tax sampai tahun 2051. Contohi lah faye dan Azmi.

    Kak Nam

    1. brutal utara says:

      Kak Nam ja azmi x bayarkn.. sebab kak Nam boros. Kalau shopping kalah kak mah. 70 80 bilion.

      1. Kak NaM says:

        Ingat tak…azmi pernah sebut nama nelydia…..ingat tak kes ape….hehehheh

  5. Muhammad.Alit says:

    Seandainya anda sedang menghadapi sesuatu perkara yang mencurigakan seperti di atas itu.Anda harus menghubungi polis dengan segera.Supaya anda tidak menjadi mangsa penipuan.

    1. brutal utara says:

      Aku sokong. Bkn boleh pecaya sgt depa ni. Tu perut pakai boroi jaa.. haha..
      #nkkencampnxpasyckpbendabetul#

  6. zimi says:

    hal cukai dan kes mahkamah tak boleh pandang ringan.

  7. Ayah pin says:

    Rasa dia dah bayar tadi tengok ig siap tunjuk bukti pembayaran.

    1. brutal utara says:

      Ha.. kes selesai. Next?

  8. ???? says:

    Klu nk ikutkan thn 2009 umur nelydia br je 14 thn…bwh umur pun kena byr cukai jgk ke..???

    1. Timah says:

      Dia jadi pelakon sejak umur 15(2009) rasanya start cite spa q lagi thats whya kot

  9. anti-you says:

    baiii’2 nely.

  10. Dalam seluar says:

    Ada aku kesah…

    1. Spear says:

      [email protected] name komen no.13 2 dan2 je org 2 bgel

  11. Pak saman says:

    Lhdn ckp 5thun bturut xbyar tpi dia ckp dh byar siap ada resit byaran. Ada yg songlap ke? Utk bersihkan nma mna2 pihak boleh buat tndakan sterusnya bgi mbersihkan nma. Jika nelly btul mnta 2 pkara sma ada mnta lhdn buat pmhonan maaf scara tbuka jika mahu jika xmahu. Pham2 je r tndkan sterusnya.hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *