Oleh RotiKaya Staff pada
20 July 2011, 10:07PM

Ini kisah peniruan paling agung dari tanah besar China yang pernah kami dengar. Gadget keluaran Apple menjadi bahan tiruan bukan perkara baru, tetapi kali ini mereka tiru keseluruhan Apple Store tanpa segan silu.

Seorang blogger (Bird Abroad) yang menetap di China baru baru ini terserempak dengan ‘Apple Store baru’ ini di daerah Kunming — yang penulis sendiri tidak pernah dengar.

Selepas penelitian, blogger ini mendapati yang Apple Store yang kelihatan hampir sama dengan Apple Store rasmi yang berada di Beijing & Shanghai ini sebenarnya palsu.

Bukan sekadar hiasan dalam & perabot yang memang sebiji dengan apa yang selalu kita nampak di Apple Store, malah pekerja’nya juga memakai t-shirt rasmi pekerja sebenar Apple beserta tag nama berlogokan Apple.

Tidak ketinggalan papan tanda kedai dengan ejaan salah. Memang sah Apple Store palsu. Apa pula China akan tiru selepas ini? KLCC?


Tags:
Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...