fbpx

Lydiawati Diberi Amaran Lewat 3 Jam Ke Mahkamah

Mahkamah Majistret Ampang memberi amaran keras terhadap pelakon, Lydiawati selepas beliau lewat hampir tiga jam ketika menghadiri prosiding sebutan kes tuduhan mencederakan seorang wanita menggunakan besi pada Mac lalu. Lydiawati mempertahan diri dengan menjelaskan beliau mendapat tahu perlu hadir ke mahkamah pada saat akhir.

BACA: Lydiawati Mengaku Tidak Bersalah Belasah Pengkid

Memetik kepada laporan m Star Online, Peguam yang mewakili Lydiawati, Fatimah Zaharah Ramli turut memaklumkan kepada pihak mahkamah bahawa tertuduh tidak menyedari mengenai prosiding berkenaan kerana menunggu pegawai penyiasat (IO) menghubunginya terlebih dahulu sebelum beliau hadir ke mahkamah untuk meneruskan sebutan kes terbabit.

Gara-gara kelewatan itu, Majistret Haslinda A. Raof yang mendengar kes sebutan terbabit, telah memerintahkan waran tangkap terhadap pelakon itu selepas gagal menghadirkan diri pada perbicaraan yang sepatutnya bermuala pada pukul 9 pagi. Namun perintah itu ditarik balik dan kes berkenaan akan disambung semula pada 22 Julai depan.

Bagaimanapun, Haslinda memberi amaran keras kepada Lydiawati, wang jaminan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini sebanyak RM3,300 akan dinaikkan sekiranya beliau gagal hadir atau lewat pada prosiding yang akan datang. Terdahulu Lydiawati mengaku tidak bersalah mendatangkan kecederaan dengan sengaja terhadap seorang wanita warga Brunei.

Ibu tunggal kepada dua anak itu didakwa diatas kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. (rkty/w)