fbpx

Lufya Omar: Rezeki Saya Kini Lebih Berkat Selepas Berhijrah

Berbicara soal penghijrahan ke arah yang lebih baik, Lufya Omar mengakui bahawa rezekinya dalam industri seni menerusi bidang lakonan tidak terjejas selain menjelaskan bahawa tawaran lakonan sentiasa ada malah turut sesuai dengan penampilannya kini.

BACA: Lufya Akui Kini Malu Pandang Lelaki Setelah Berhijab

“Alhamdulillah, selepas mengambil masa berehat, sekarang saya kembali aktif dalam bidang lakonan yang menawarkan watak dan jalan cerita yang bersesuaian. Sehingga hari saya masih mampu teruskan kehidupan dengan baik. Bagi saya, apa yang saya peroleh hari ini lebih berkat dan dan saya bahagia”

“Sebelum ini saya pernah umum berhenti dari nyanyian kerana saya masih rasa sangsi. Mudah-mudahan keputusan yang saya buat itu tepat dan saya mampu kekalkan pendirian itu. Setakat ini saya sangat bersyukur tidak pernah dilemparkan kata-kata negatif malah peminat memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus membuat perubahan,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Enggan berkongsikan mengenai perubahannya dengan lebih lanjut, Lufya memberitahu perkara tersebut hanya mampu difahami oleh dirinya sendiri selain menyatakan bahawa perubahan ikhlas dan usaha menambahkan ilmu setiap hari mampu membuatkan sesuatu penghijrahan itu lebih bermakna. (rtky/s)