fbpx

Live Blogging: Shout! Awards 2009

2010hrs – Aku sudah bersedia untuk membuat liputan live buat pertama kali’nya. Sedang tonton Buletin Utama di TV3.

2028hrs – Jika internet anda cukup laju, tonton secara LIVE di www.shoutawards.com.my. Sudah ada suara-suara belakang tabir kedengaran.

2030hrs – Shout! Awards bermula! Di’kuasakan oleh Hotlink. Dengarkan juga melalui Fly FM.

2033hrs – Dimulakan dengan petikan ketibaan selebriti & artis di majlis karpet merah Shout! Awards lewat petang tadi.

2035hrs – Joe Flizzow nampak sudah hilang langsung ke’Melayuan. Dan, pakai kasut dengan rona pink. Hip-hop habis.

2037hrs – Kenapa Bunkface aku nampak macam The Jonas Brothers? Ha ha.

2042hrs – Marion Caunter. Ow my. Aku harap dia boleh menang Hot Chick Award malam ini. Wajah mirip Scha al-Yahya.

2047hrs – Kamera sudah menghala ke dalam Stadium Putra Bukit Jalil. This is the Shout! Awards. Dan, acara rasmi pun bermula.

2051hrs – Persembahan pertama. Pop Shuvit dengan Oh! Sizuka. Background pentas nampak macam pentas Jomheboh. Hmm.

2055hrs – Persalinan pertama Marion Caunter sangat mencairkan hati. Marion sudah terima anugerah Hot Chick dari aku.

2057hrs – Juliana Evans & Sarah Lian presenter pertama. Rockstar Awards 2009. Dan, pemenangnya adalah Bunkface! Nampaknya Juliana Evans sampaikan anugerah kepada boyfriend sendiri. Opps!

2105hrs – Saiful Apek & Nabil bikin kecoh sebelum naik pentas. Fresh TV Series Award 2009 goes to Ghost

2111hrs – Masih Saiful Apek & Nabil di’atas pentas. Favourite Radio Show Award menjadi milik Fly FM’s Pagi Show.

2114hrs – Persembahan kedua dari Jin Hackman, Caprice & Rahim Maarof. Rahim Maarof tu beb. Otai rock naik pentas sudah. Caprice nampak pancit bila bawa Fantasy Girl. Relaks sikit bro.

2119hrs – Rahim Maarof muncul ala Ali XPDC. Aku kurang pasti apa tajuk lagu duet mereka ini. ‘Tuhan Tolonglah’ mungkin.

2126hrs – Sazzy Falak (Sazzy Jackson) & Yasmin Hani (Yasmin Hepburn) naik ke atas pentas untuk sampaikan anugerah. Breakthrough Film Award menjadi milik filem KAMI.

2131hrs – Persembahan seterusnya dari band One Buck Short. Aku memang kagum dengan vokalis mereka. Vokal unik & stamina kalah Watson Nyambek. (Tapi nyanyi lagu Melayu penuh slang English)

2138hrs – (Iklan) Ada siaran langsung Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di TV1. Kenapa tiada isu ya? Heh.

2141hrs – Datuk Seri Tony Fernandes & Deborah Henry naik pentas untuk sampaikan anugerah. Tony Fernandes? Wow!

2142hrs – Tinggi lampainya Deborah Henry. Popstar Award menjadi milik Stacy. What?! Dan, Favourite TV Programme (Non Drama) Award goes to Field Trip USA.

2145hrs – Performance seterusnya dari Shila & Nikki. Biasa biasa sahaja, standard bintang realiti TV. Seriously, Popstar Award milik Stacy?

2154hrs – Rockstar Shout! Awards 2009, Bunkface mengambil alih pentas dengan Revolusi. Opening yang comel. Okay hands down, Bunckface memang rockstar.

2158hrs – Jules & One Nation Emcees akan sampaikan anugerah yang seterusnya. Coolest Radio Announcer Award jatuh kepada JJ dari Hitz FM.

2201hrs – (Iklan) Dua produk Astro, Stacy & JJ (Hitz FM) tidak muncul untuk terima anugerah masing-masing. Boikot majlis anugerah MediaPrima kot? Heh.

2207hrs – Joe Flizzow & Alif Satar (aku dengar Aziz Satar, sumpah!). HOT CHICK AWARD menjadi hak milik sejati MARION CAUNTER. Oh yeah baby!

2209hrs – Persembahan ala-akustik dari Paolo Delfino (siapa ni?), Reza Salleh & Mia Palencia (again, who?). Aku suka dengar suara Mia Palencia ini. Nama ada iras-iras telenovela Sepanyol.

2213hrs – Tiba-tiba Mia Palencia announce nominees untuk Best Chemistry on Screen. And the award goes to Upin & Ipin. Oh ya, siapa lagi kan?

2223hrs – Afdlin Shauki & Pamela and ??? (bergaya ala Pimp Daddy pula si Afdlin) ke pentas untuk sampaikan anugerah. Stylo Award menjadi milik Dynaz Mokhtar.

2228hrs – Colabr8 untuk persembahan seterusnya. Memperkenalkan Komplot & Pesawat. Pesawat agak stylo pada pandangan pertama aku. Imej pilot yang smart membawakan lagu ‘Mirage’.

2232hrs – Dalam kumpulan Komplot memang ada peniup saksofon ke? Vokalis Komplot gedik & control macho. Ha!

2235hrs – Presenter anugerah seterusnya Jojo Stryus (hot!) & Diana Rusdi. Hot Guy Award menjadi milik Faizal Tahir. Tak bayar PTPTN boleh jadi hot guy beb. Ha ha!

2242hrs – Jehan Miskin & Fazura. Fazura pakai skirt paling pendek dalam sejarah hidup Fazura (mungkin) dan semestinya hot. Favourite TV Host adalah Naz.

2246hrs – Michael Jackson time! Jaclyn Victor, Reefa & Aubry Suwito mendendangkan lagu You Are Not Alone & Heal the World. Pada aku, kurang menyengat & tidak meninggalkan kesan.

2253hrs – Paul Moss & Syafinaz Selamat sebagai penyampai anugerah seterusnya. Power Vocal Award jatuh kepada Jaclyn Victor. Siti Nurhaliza tiada harapan nampaknya dalam Shout! Awards.

2259hrs – Love Me Butch & SMEK naik ke atas pentas untuk anugerah seterusnya. Breakout Award milik Bunkface. Malam ini memang malam Bunkface. Heh.

2303hrs – Salah satu band untuk MTV World Stage, Estranged mengambil tempat dengan persembahan ‘In No Time’. Mini orkestra yang mencipta kelainan dalam persembahan band Malaysia.

2315hrs – The President, Joe Flizzow bawa superbike & sport car ke atas pentas. Motif? Bawa lagu ‘All Around the World’ dengan barisan menterinya. Aku harap Sean Kingston tidak kalah dengan performance ni.

2320hrs – Sean Kingston sebagai penyampai anugerah kedua terakhir. Segala suku kerabat dia dia bawa dari Miami sana. Kasihan peminat, bodyguard Sean Kingston lebih sudu dari kuah.

2322hrs – Penerima Flava Award adalah Joe Flizzow. Wow! Boleh’lah lepas ni berduet dengan Sean Kingston.

2325hrs – Datuk Sheila Majid akan sampaikan Ultimate Shout! Award. Anugerah yang menghargai sumbangan dan impak individu atau produk kepada bidang seni Malaysia. Dan, pemenangnya adalah Bunkface!

2330hrs – Sean Kingston akhirnya. Jangan’lah mamat ni spoil closing Shout! Award 2009. Mini konsert dia dahulu penuh komen negatif. Jumpa lagi tahun hadapan!

2335hrs – Mamat Sean Kingston ni nyanyi ke tidak? Tahun 2010 tolong jemput Coldplay ya 8TV. Out!