fbpx

Lisdawati Dakwa Diserang & Diugut Sharnaaz Ahmad, Buat Laporan Polis

Pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis berhudung satu SMS berbaur ugutan yang diterima dari Sharnaaz Ahmad baru baru ini dan dipercayai berkait dengan serangan pelakon ‘panas baran’ itu terhadap Lisdawati baru baru ini.

“Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu faham. Ini kali kita kasi habis”

Itu merupakan SMS yang didakwa diterima Fauzi Nawawi dari Sharnaaz Ahmad pada 21 Februari lalu sekitar 9.42 pagi & percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Lisdawati.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Tambah Fauzi Nawawi lagi, beliau menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz Ahmad atas sebab apa beliau menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran baru baru ini.

“Saya hanya minta penjelasannya dan dia munkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti. Bagi saya perbuatan itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung,” katanya lagi.

Lisdawati yang turut memberi kenyataan berkata yang beliau tidka apa punca tindakan Sharnaaz Ahmad memaki hamun dan menyerang dirinya. Pelakon ini juga berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, pelakon itu boleh datang dan berbincan secara elok dengannya, bukan dengan cara menamuk dan memaki hamun.

Sharnaaz Ahmad Enggan Komen

Sharnaaz Ahmad yang dihubungi Harian Metro pula bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang insiden ini dan mendakwa punca semua ini hanya kecil tetapi diperbesarkan oleh Fauzi Nawawi & Lisdawati.

“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media”

“Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf,” ujar Sharnaaz Ahmad.

WhatJustHappened